Monday 27 October 2014

SENAMAN UNTUK KURUS


BAKAR 1000 KALORI DENGAN SENAMAN SKIPPING

Bilakah kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skipping? Tali skipping je? Ahaa...jangan sesekali anda cuba memperlekehkan tali skipping ye. 

Tahukah anda, walaupun tali skipping itu murah tetapi penangan dan fungsinya amat banyak. Hal ini kerana tali skipping ini digunakan untuk tujuan menguruskan badan dengan lebih efektif.



Sebanyak 70 hingga 110 kalori yang akan dibakar dalam satu sesi dengan menggunakan tali skipping yang memakan masa selama 10 minit sahaja! Manakala 10000 kalori pula yang akan di bakar jika melakukan senaman skipping selama 1 jam! 

Pada hakikatnya, senaman skipping ini menbantu anda memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiiti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik apabila hasil gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Selain itu, senaman ini juga berkesan untuk menguatkan tulang, otot, peha, pinggul dan betis seterusnya mampu meningkatkan paras kalsium serta mencegah tahap osteoporosis.

Ini adalah cara-cara senaman menggunakan tali skipping:




  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.
  • Pegang kemas kedua-dua hujung tali di antara paras ketiak dan siku.
  • Lalu, pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Jika berlebihan, seeloknya simpul lebihan tersebut mengikut kesesuaian.
  • Mulakan lompatan, amat digalakkan lompatan ketinggian  anda tidak melebihi 30 sentimeter, 
  • Sertakan dengan muzik agar lebih bersemangat.
  • Bagi menguatkan otot kaki, lakukan lompat dengan mengengket hujung jari kaki serta lompat setempat. 
  • Bagi mengelakkan rasa bosan. Tukar pula cara lompatan anda daripada sebelah kaki kepada kedua-dua belah kaki, skip dan lompat sehingga paras lutut selama 30 saat. 
  • Jika kepenatan, cuba perlahankan lompatan dan pusingan tali skip anda serta pastikan juga tapak kaki anda diletakkan di lantai. 
  • Jika ingin berhenti, pastikan anda melakukan aktiviti regangan badan bagi memastikan tiada kecerderaan yang berlaku. 


SELAMAT MENCUBA :)
































No comments:

Post a Comment