Friday 30 January 2015

1001 PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum semua,

Malam ni saya berbesar hati untuk berkongsi beberapa tips menarik untuk anda di luar sana. Terutamanya bagi golongan yang mempunyai jeragat. Jujur saya cakap, sememangnya sungguh stress apabila timbul warna hitam yang menempel di muka kita.

Jeragat adalah masalah kulit muka yang paling tidak disukai oleh kaum wanita sama seperti jerawat. Masalahnya jeragat agak sukar dihilangkan dan memerlukan kos yang tinggi sama ada melalui kosmetik atau rawatan moden.

Apa kata anda mencuba rawatan tradisional untuk menghilangkan jeragat dengan menggunakan petua orang lama dan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur rumah anda sahaja. Ia bukan sahaja berkesan tetapi juga murah dan tiada risiko.

1001 PETUA HILANGKAN JERAGAT

  •           Ambil dua sudu besar susu tepung dan perahkan sebiji limau nipis. Sapukan di kulit muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  •           Rendam segenggam beras semalaman. Kemudian tumbuk bersama sedikit kunyit hidup. Perah sedikit limau nipis dan campur bersama putih telur. Gaul sebati dan sapukan di muka seperti masker. Biarkan lebih kurang 20 minit dan kemudian cuci dengan air suam. Amalkan selalu.
  •          Kulit pisang berangan jangan dibuang begitu sahaja tau. Gosokan kulit sebelah dalamnya di kulit muka atau di tempat jeragat. Biarkan seketika sebelum bilas bersih.
  •          Ambil segenggam hampas  kelapa. Gosokkan di keseluruhan kulit muka dengan lembut seperti menggosok skrub. Selepas itu biarkan selama 15 minit sebelum cuci bersih dengan air biasa. Lakukan selalu, jeragat bukan sahaja akan pudar tetapi kulit muka juga menjadi halus.
  •         Ambil beberapa helai daun sireh. Ramas dan gosok di tempat jeragat sehingga airnya keluar. Kemudian cuci seperti biasa. Lakukan setiap pagi.
  •         Ambil sebuku asam jawa dan ramas dengan sedikit air sehingga menjadi pekat. Sapukan di kulit muka dan biarkan kering. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan setiap malam sebelum tidur.
Haa.. mudah je kan? Tunggu apa lagi, jom kita sama-sama aplikasikan tips ini di muka kita. 

Tapi, kalau nak lagi mudah. Anda hanya perlu telan makanan tambahan Alfalfa dari Shaklee sahaja tau.






Nantikan entry saya yang seterusnya untuk mengetahui bagaimana vitamin-vitamin shaklee bertindak dalam mengawal jeragat yang hitam itu. Sekian dari saya.

Selamat Mencuba :)