Tuesday 28 October 2014

BEKERJA SAMBIL BERDIRI BOLEH BAKAR LEBIH KALORI



Jika anda sedang bekerja di pejabat, anda mempunyai 80 % pergerakan anda iaitu selama 8 hingga 9 jam bekerja dengan hanya duduk sambil menghadap skrin laptop untuk menyiapkan kerja sahaja. Maka, bagaimanakah caranya untuk kalori dalam badan anda itu berbakar dengan cepat?

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh "HACK" cara itu kepada cara yang bertentangan iaitu dengan cara bekerja sambil berdiri. Jika di US ia sudah menjadi trend masyarakat di sana dengan bekerja sambil berdiri. Paling best, kebanyakan syarikat di sana juga menawarkan kerja sambil berdiri.




Fakta yang menakutkan buat anda yang bekerja sambil duduk ialah:

Menurut kajian American Cancer Society;

  1. Wanita yang menghabiskan masa selama 6 jam seharian dengan duduk akan mempunyai 37% untuk mati lebih awal berbanding wanita yang duduk kurang daripada 3 jam.
  2. Bagi lelaki pula risikonya sebanyak 17%.
  3. Bagi wanita yang tidak melakukan sebarang pekerjaan dan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berjalan dan sebagainya, keberangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelaki pula sebanyak 47%
Tambahan pula, bagi mereka yang tidak gemar melakukan kerja sambil berdiri akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti;

  • Sakit jantung
  • Obesiti
  • Kanser
  • Kematian yang lebih awal.
























Monday 27 October 2014

SENAMAN UNTUK KURUS


BAKAR 1000 KALORI DENGAN SENAMAN SKIPPING

Bilakah kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skipping? Tali skipping je? Ahaa...jangan sesekali anda cuba memperlekehkan tali skipping ye. 

Tahukah anda, walaupun tali skipping itu murah tetapi penangan dan fungsinya amat banyak. Hal ini kerana tali skipping ini digunakan untuk tujuan menguruskan badan dengan lebih efektif.



Sebanyak 70 hingga 110 kalori yang akan dibakar dalam satu sesi dengan menggunakan tali skipping yang memakan masa selama 10 minit sahaja! Manakala 10000 kalori pula yang akan di bakar jika melakukan senaman skipping selama 1 jam! 

Pada hakikatnya, senaman skipping ini menbantu anda memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiiti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik apabila hasil gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Selain itu, senaman ini juga berkesan untuk menguatkan tulang, otot, peha, pinggul dan betis seterusnya mampu meningkatkan paras kalsium serta mencegah tahap osteoporosis.

Ini adalah cara-cara senaman menggunakan tali skipping:




  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.
  • Pegang kemas kedua-dua hujung tali di antara paras ketiak dan siku.
  • Lalu, pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Jika berlebihan, seeloknya simpul lebihan tersebut mengikut kesesuaian.
  • Mulakan lompatan, amat digalakkan lompatan ketinggian  anda tidak melebihi 30 sentimeter, 
  • Sertakan dengan muzik agar lebih bersemangat.
  • Bagi menguatkan otot kaki, lakukan lompat dengan mengengket hujung jari kaki serta lompat setempat. 
  • Bagi mengelakkan rasa bosan. Tukar pula cara lompatan anda daripada sebelah kaki kepada kedua-dua belah kaki, skip dan lompat sehingga paras lutut selama 30 saat. 
  • Jika kepenatan, cuba perlahankan lompatan dan pusingan tali skip anda serta pastikan juga tapak kaki anda diletakkan di lantai. 
  • Jika ingin berhenti, pastikan anda melakukan aktiviti regangan badan bagi memastikan tiada kecerderaan yang berlaku. 


SELAMAT MENCUBA :)
































Thursday 2 October 2014

FAKTA DIET : SENARAI MAKANAN TURUNKAN BERAT BADAN


Berikut merupakan senarai makanan yang boleh anda ikuti seperti yang dicadangkan oleh Aton Brown, Selebriti Chef dari Amerika.

Makanan yang perlu diambil setiap hari:



  • Sayur-sayuran
  • Kacang
  • Lobak
  • Teh hijau
  • Bijirin
  • Buah-buahan
Bijirin kaya dengan kandungan fiber yang boleh membuatkan anda kenyang dalam tempoh masa yang panjang. Kacang pula adalah suber protein yang terbaik manakala buah-buahan mengandungi antioksidan dan resveratrol yang dapat meningkatkan hayat hidup manusia. Lobak sangat baik untuk penglihatan dan sayur-sayuaran sanat berkhasiat dan rendah kandungan kalori.

Makanan yang perlu diambil tiga kali seminggu:



  1. Yogurt
  2. Kubis bunga
  3. Brokoli
  4. Kentang manis
  5. Avokado
  6. Minyak ikan
  7. Tauhu
Sardin mengandungi tinggi protein manakala omega-3 pula kaya dengan asid lemak yang baik untuk jantung. Tauhu pula merupakan sumber protein yang rendah kalorinya di mana ia mengandungi protein yang lebih tinggi daripada daging lembu kisar !! kubis bunga dan brokoli sangat besar jasanya dalam membantu menentang kanser. Yogurt pastinya sumber terbaik bagi kalsium.

Makanan yang jangan diambil langsung:



  • Soda
  • Makanan yang diproses
  • Sup dalam tin
  • Semua jenis diet
Pilih menu yang anda suka dan nikmatinya dengan sebaiknya. Namun begitu, anda perlu bijak dengan bahagian yang di ambil.

Makanan yang perlu diambil sekali sahaja dalam seminggu:





  1. Daging merah
  2. kanji putih
  3. Pencuci mulut
Pemanis tiruan yang ditemui dalam inuman diet telah terbukti mampu menyebabkan ketagihan. Oleh itu, anda jangan mudah tertarik dengan minuman diet. Ia juga menyebabkan tubuh anda membebaskan lebih banyak insulin yang mendorong anda untuk menyimpan lemak pada tubuh.


RAHSIA KEKAL BERTENAGA DENGAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE


Terlibat dengan aktiviti lasak di tengah-tengah panas mentari memang amat meletihkan. Namun usah khuatir kerana terdapat "penawar" kepada masalah ini. Shaklee Performance Drink, minuman bertenaga tidak bergas ini di rumus khas untuk memberi tenaga dan mempertingkatan stamina terutama bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti lasak dan terdedah pada pancaran matahari.

Paling menarik, produk ini juga sesuai diambil sebagai minuman harian untuk mengekalkan tahap kecergasan setelah keletihan bekerja seharian, ataupun penat memandu kenderaan di dalam kesesakan atau pun mereka yang mengalami masalah cirit birit di mana air banyak terhidrat dari tubuh.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana Shaklee Permormance melakukannya?

Rahsianya adalah proprietari campuran elektrolit OPTI-LYTE yang dapat menggantikan air yang terkeluar dari tubuh dengan cepat. Formulasi ini berupaya mengembalikan kecergasan dalam waktu yang singkat.

Hal ini turut di akui oleh Cikgu Subra, seorang guru sukan yang juga atlet profesional peringkat antarabangsa yang mengambil Shaklee Performance semasa penjelajahan 7 hari 6 malam beliau bersama pasukan basikalnya mengelilingi semenanjung Mlaysia Mei lalu.

"Performance is really performed!" katanya.



MINUMAN UNTUK SANG JUARA

Minuman penghidratan semula ini juga diambil oleh kebanyakan para atlet terbaik dunia seperti Caryn Davies, pemegang pingat emas dalam sukan berkayak. Dennis Bowsher yang juga pemegang pingat emas dalam suakn pentathalon dan lebih 100 medal telah dimenangi sebelum ini dan pada Sukan Olimpik 2012 di London yang lalu.

Di malaysia, kebanyakan pelanggan Shaklee mengambilnya sebagai minuman harian untuk mengekalkan kesihatan. Manakala, bagi pengguna Muslim pula, eeka mengambilnya semasa bulan puasa untuk kekal sihat di bulan Ramadhan menahan dahaga dan menangani kelesuan.



Ezaty Rusman
☏ 013-5954 921
✉ luvly.izzati@gmail.com
http://kauntersihat.blogspot.com
....................................................................................................................................

*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com