Tuesday 8 January 2013

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Pengambilan Vitamin


Tahukah anda???



Masalah keguguran rambut merupakan perkara biasa yang melanda baik lelaki mahupun wanita terutamanya lelaki yang berusia dan wanita selepas bersalin. Keadaan ini sememangnya akan memberi impak seperti tertekan. Hal ini berlaku apabila kita melihat rambut melekat di sikat, jatuh ke lantai dan sebagainya.
Pada hakikatnya, rambut kita sering mengalami proses "gugur-tumbuh" kembali. 
Oleh itu, mari kita tengok gejala-gejala keguguran dengan lebih jelas.

Keguguran rambut kekal

 Andogenetik Alopecia
Bagi lelaki, masalah dan corak akan kelihatan walaupun masih berusia awal 20-an. Lazimnya ia boleh di cirikan oleh garis rambut yang mula surut di bahagian sisi dahi dan botak di bahagian kepala. Hasilnya, lalaki akan menjadi separa botak ataupun botak terus.
Bagi wanita, lazimnya mengalami keguguran bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi, dan bahagian atas kepala. Wanita biasanya mengekalkan garis depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.
Cicatricial Alopecia
Keadaan ini jarang berlaku apabila kita mengalami keradangan terhadap folikel rambut. Kesannya, parut akan menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan.

Keguguran rambut sementara

Alopecia Areata
Keguguran ini rambut ini berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut di mana-mana bahagian rambut  termasuk kening, bulu mata, dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala kita, ia di panggil sebagai alopecia totalis. Manakala, jika melibatkan seluruh badan, ia di panggil alopecia universalis. Hakikatnya, kesakitan dan badan menjadi gatal-gatal menjadi penyebab kehilangan rambut. Tetapi gejala ini berlaku secara minimum.
Effluvium Telogen
Jenis rambut ini berlaku keguguran secara tiba-tiba, paling kerap berlaku selepas mengalami penyakit yang ketara dan tekanan perasaan. Kita mungkin pernah mengalami apabila segenggam rambut boleh gugur apabila di sikat, mambasuh rambut, atau rambut boleh gugur apabila di usap dengan tangan sahaja. Keadaan ini menyebabkan penipisan berlaku tetapi tidak botak.


Punca-Punca  Keguguran Rambut Yang Biasa

  • Demam teruk
  • Melahirkan anak
  • Kekurangan protein
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Menghidap penyakit

 Antara Vitamin Untuk Rambut

  • vitalea (mutlivitamin dan multimeneral)
  • B Complex
  • Zinc Complex 
  • Vita C
  • Vita E

Dapatkan vitamin-vitamin ini segera. Anda boleh menghubungi saya untuk membuat pesanan sama ada melalui e-mail di luvly.izzati@gmail.com @ sms/call 013-5954921.

No comments:

Post a Comment