Friday 8 August 2014

MAKANAN UNTUK TAMPIL MUDA


Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sesuatu yang membuatkan anda rasa ingin amalkan dalam kehidupan seharian. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis :)

KULIT LEBIH MUDA DENGAN LOBAK
~Hanya satu batang sudah cukup, dikupas dan di cincang halus~
Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St.Andrews menyatakan karotenoid yang terdapat dalam lobak merah membentuk kulit yang bercahaya.

KEKALKAN JISIM OTOT DENGAN BAWANG MERAH
~Satu biji bawang merah di cincang halus~
Proses penuaan akan berlaku seiring dengan kehilangan tone otot. Tetapi quercetin flavonoid, sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lama. Satu biji bawang merah dapat membekalkan amaun yang diperlukan untuk anda tampil muda.

HINDAR MASALAH UBAN DENGAN AYAM
~ sebanyak empat bahagian dada, di potong dadu~
Rambut beruban? Vitamin B12 yang terdapat dalam ayam dapat menghasilkan melanin yang mengekalkan warna rambut dengan lebih lama.

MATA BERSINAR DENGAN HALIA SEGAR
~ Satu sudu, di cincang halus~
Arcus senilis adalah satu jalur putih paras kolesterol yang tinggi. ia boleh dibuang dengan halis. Jurnal Perubatan Arab melaporkan satu sudu kecil halis segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolesterol LDL.

KEKALKAN JUMLAH RAMBUT DENGAN KACANG EDAMAME
~ Hanya 100 gram sahaja~
Laporan daripada Jurnal Pemakanan menyatakan protein soya yang terdapat dalam kacang edamame menghalang dihydrotestosterone - sejenis hormon yang bertanggungjawab menyebabkan keguguran rambut sebanyak 15 peratus.

KURANGKAN KEDUTAN DENGAN MINYAK BIJI GANDUM ( WHTGERM)
~ Hanya 3/4 sudu besar sahaja~
Makanan yang terbaik bagi mengurangkan masalah kedutan pada kulit adalah vitamin E. Ia berfungsi dengan sebatian seperti Iycopene dan beta-karotena untuk mencegah kerosakan disebabkan cahaya mataharri, kedutan dan lain-lain penyebab penuaan. Jumlah minyak ini menyediakan anda sehingga 15 mg hitungan diet yang disyorkan (RDA)

~Atau dengan hanya memilih vitamin E Shaklee yang terlengkap di pasaran sama ada di dalam negara atau di luar negara.

KEKALKAN STAMINA DENGAN BAWANG PUTIH
~ Dua sudu kecil, dihancurkan sahaja~
Senaman membantu memastikan anda kelihatan lebih muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya. Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan kestabilan aliran darah.












*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment