Thursday 2 October 2014

FAKTA DIET : SENARAI MAKANAN TURUNKAN BERAT BADAN


Berikut merupakan senarai makanan yang boleh anda ikuti seperti yang dicadangkan oleh Aton Brown, Selebriti Chef dari Amerika.

Makanan yang perlu diambil setiap hari:



  • Sayur-sayuran
  • Kacang
  • Lobak
  • Teh hijau
  • Bijirin
  • Buah-buahan
Bijirin kaya dengan kandungan fiber yang boleh membuatkan anda kenyang dalam tempoh masa yang panjang. Kacang pula adalah suber protein yang terbaik manakala buah-buahan mengandungi antioksidan dan resveratrol yang dapat meningkatkan hayat hidup manusia. Lobak sangat baik untuk penglihatan dan sayur-sayuaran sanat berkhasiat dan rendah kandungan kalori.

Makanan yang perlu diambil tiga kali seminggu:



  1. Yogurt
  2. Kubis bunga
  3. Brokoli
  4. Kentang manis
  5. Avokado
  6. Minyak ikan
  7. Tauhu
Sardin mengandungi tinggi protein manakala omega-3 pula kaya dengan asid lemak yang baik untuk jantung. Tauhu pula merupakan sumber protein yang rendah kalorinya di mana ia mengandungi protein yang lebih tinggi daripada daging lembu kisar !! kubis bunga dan brokoli sangat besar jasanya dalam membantu menentang kanser. Yogurt pastinya sumber terbaik bagi kalsium.

Makanan yang jangan diambil langsung:



  • Soda
  • Makanan yang diproses
  • Sup dalam tin
  • Semua jenis diet
Pilih menu yang anda suka dan nikmatinya dengan sebaiknya. Namun begitu, anda perlu bijak dengan bahagian yang di ambil.

Makanan yang perlu diambil sekali sahaja dalam seminggu:





  1. Daging merah
  2. kanji putih
  3. Pencuci mulut
Pemanis tiruan yang ditemui dalam inuman diet telah terbukti mampu menyebabkan ketagihan. Oleh itu, anda jangan mudah tertarik dengan minuman diet. Ia juga menyebabkan tubuh anda membebaskan lebih banyak insulin yang mendorong anda untuk menyimpan lemak pada tubuh.


No comments:

Post a Comment