Tuesday 28 October 2014

BEKERJA SAMBIL BERDIRI BOLEH BAKAR LEBIH KALORI



Jika anda sedang bekerja di pejabat, anda mempunyai 80 % pergerakan anda iaitu selama 8 hingga 9 jam bekerja dengan hanya duduk sambil menghadap skrin laptop untuk menyiapkan kerja sahaja. Maka, bagaimanakah caranya untuk kalori dalam badan anda itu berbakar dengan cepat?

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh "HACK" cara itu kepada cara yang bertentangan iaitu dengan cara bekerja sambil berdiri. Jika di US ia sudah menjadi trend masyarakat di sana dengan bekerja sambil berdiri. Paling best, kebanyakan syarikat di sana juga menawarkan kerja sambil berdiri.




Fakta yang menakutkan buat anda yang bekerja sambil duduk ialah:

Menurut kajian American Cancer Society;

  1. Wanita yang menghabiskan masa selama 6 jam seharian dengan duduk akan mempunyai 37% untuk mati lebih awal berbanding wanita yang duduk kurang daripada 3 jam.
  2. Bagi lelaki pula risikonya sebanyak 17%.
  3. Bagi wanita yang tidak melakukan sebarang pekerjaan dan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berjalan dan sebagainya, keberangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelaki pula sebanyak 47%
Tambahan pula, bagi mereka yang tidak gemar melakukan kerja sambil berdiri akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti;

  • Sakit jantung
  • Obesiti
  • Kanser
  • Kematian yang lebih awal.
























No comments:

Post a Comment