Wednesday 26 March 2014

BIJAK MEMILIH SUPLEMEN


Assalamualaikum semua,

Semoga hidup kalian lebih diberkati disamping orang tersayang. Hari ini saya nak kongsi cerita mengenai pemilihan suplemen yang bijak. Jom baca :)

Apabila membincangkan mengenai penjagaan kesihatan yang berpanjangan kos makanan sihat yang semakin tinggi, suplemen dilihat sebagai antara jalan penyelesaian. Ini di sebabkan oleh suplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperoleh melalui makanan harian. 

Namun, persoalannya yang masih lagi terbuku adakah dengan kos suplemen yang berkos tinggi ini masih boleh dipertimbangankan dengan penyakit yang sering menyelubungi diri kita?

Menurut Pakar Pemakanan di Hospital Pantai Klang, Chia Mei Ay, penggunaan suplemen bergantung pada keperluan tubuh kita. 

Masalah sekarang adalah kebanyakan orang menjadikan suplemen ini sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian atau alternatif pengambilan ubat-ubatan.

Kita perlu faham bahawa suplemen merupakan makanan tambahan sahaja. Ia boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain.

Tubuh kita sememangnya memerlukan suplemen sebagai tambahan sekiranya kita kita mampu untuk memperoleh nutrien yang mencukupi melalui makanan seharian bagi memastikan ia bergerak aktif. Makanan tambahan yang perlu kita ambil setiap hari seperti vitamin C yang bagus untuk daya tahanan badan dan juga kulit serta kalsium, besi, vitamin E, zink dan sebagainnya. 






Tambahan pula corak pemakanan harian kita sekarang yang selalu makan di luar dan pengambian makanan proses yang berlebihan, memang digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai pengganti zat dan nutrien yang tidak kita peroleh daripada makanan. 

Terutamanya kepada golongan yang bekerja, melainkan anda boleh gerenti anda akan mendapatkan nutrien yang cukup daripada makanan, sebaiknya ambillah satu suplemen pada tahap yang optimum.




Sebagai contoh, Vitamin C. Jika kita membasuh sesuatu makanan berulang kali dan terdedah kepada udara atau cahaya matahari untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan ia mudah teroksida. Ditambah pula dengan proses memasak yang akan menyebabkan kita kehilangan nutrien tersebut. Dengan adanya pengambilan multivitamin dan multi mineral, kita dapat mengembalikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.


SUPLEMEN UNTUK WANITA





Bagi golongan wanita, amat digalakkan ambil suplemen yang mencukupi bagi mencukupkan pengambian kalsium, zat besi, asid folik, dan juga vitamin-vitamin yang lain. Seperti umum mengetahui, setiap bulan golongan wanita akan mengalami kitaran haid di mana mereka akan kehilangan banyak zat besi. Selain itu, kebanyakan orang Asia juga tidak minum susu kerana masalah toleransi terhadap laktosa. 


SUPLEMEN UNTUK LELAKI

Multivitamin, kalsium, omega-3 dan serat pula digalakkan untuk diambil oleh golongan lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki gemar mengambil banyak daging dalam makanan mereka yang mana makanan tersebut tinggi kandungan protein. 


Mereka juga kurang gemar untuk memilih ikan dalm setiap hidangan mereka. Hal ini akan menambahkan risiko mereka untuk mengalami masalah jantung terutama menjelang andropaus. 

Oleh hal yang demikian, terdapat lambakan suplemen di pasaran, pastikan anda bijak memilih suplemen dari syarikat yang benar-benar boleh dipercayai da haruslah mempunyai kelulusan dari pihak Kementerian kesihatan Malaysia.

SAYA PULA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SUPLEMEN HARIAN SAYA :)




Kita semestinya mahukan yang terbaik untuk diri kita kan? Jadi, saya memilih untuk ber"suplemen" dengan produk shaklee yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Pada awal usia saya,saya langsung tidak sedar akan kebaikan suplemen, walhal saya sememangnya seorang yang mudah letih, lesu, dan mudah pengsan.

 Namun begitu, sejak mengamalkan produk shaklee saya berasa sentiasa bertenaga, kulit pun dah tidak kusam seperti dahulu, kesihatan pun alhamdulillah dengan izin Allah sangat baik. Alhamdulillah, cinta mati saya terhadap produk ini. Terima kasih Ya Allah :)



 saya memilih Shaklee kerana Shaklee telah berada di pasaran lebih dari 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana Shaklee telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Apabila anda memilih SHAKLEE, yakin lah dengan TIGA PERKARA..iaitu ianya sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI...



Ezaty Rusman
☏ 013-5954 921
✉ luvly.izzati@gmail.com
http://kauntersihat.blogspot.com/
.....................................................................................................................................
*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment