Tuesday 25 March 2014

BAGAIMANA CEGAH PENUAAN AWAL

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

Jadi bagaimana cara untuk mengubatinya? Haa...melalui pemakanan yang berkhasiatlah jawapannya :)

Kajian telah menunjukkan bahawa merokok mempercepatkan proses penuaan awal yang disebabkan proses penuaan awal yang disebabkan peningkatan bilangan "radikal bebas" di dalam badan yang terdedah kepada asap rokok. Apa itu "Radikal Bebas" ye? Haa...meh nak bagitahu, radikal bebas ialah molekul-molekul yang memainkan peranan pada peringkat permulaan penyakit-penyakit berkaitan umur. Bukan seperti yang sentiasa disangkakan, kesan-kesan penuaan sebenarnya lebih daripada kedutan dan lingkaran gelap di bawah mata. Penigkatan usia turut melibatkan risiko peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, osteoporosis, kanser dan pengurangan fungsi otak. 

Jadi, apa yang boleh kita bantu untuk mengimbangkan kesan merokok dan "radikal bebas" yang tidak dapat dielakkan? Jawapannya ada di dalam cara pemakanan kita seharian. Lmim Ai leng dari Gleneagles berkongsi tip-tip pemakanan yang dapat membantu kita dalam peningkatan usia kita.

1. MAKAN LEBIH BANYAK MAKANAN YANG BERWARNA-WARNI




Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna semulajadi seperti lobak merah, beri-beri biru dan buah beri acai amat kaya dengan antioksidan utuk melawan "radikal bebas". Cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam pemakanan seharian. Namun begitu, VITAMIN C daripada shaklee yang lengkap dengan ciri-ciri tersebut mampu memaksimumkan anda untuk mencari buah-buahan berwarna sebegitu.


2. KURANGKAN MAKAN ASID LEMAK TRANS, GULA DAN KANJI.


Asid lemak trans tergolong di dalam kategori makanan yang cenderung untuk mempercepatkan proses penuaa. Makanan bergoreng dan makanan ringan yang manis sering mengandungi banyak lemak trans, gula dan garam yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok. 

3. PASTIKAN ANDA KENYANG PADA WAKTU MAKAN YANG DITETAPKAN , MAKAN SECARA PERLAHAN DAN TANPA TEKANAN.



Makanan memainkan peranan utama untuk menghalang penuaan awal. Walaunagaimanapun, tekanan adalah antara penyebab utama untuk penuaan. Untuk melawan penuaan awal, makan di dalam hidangan kecil tetapi kerap dan ambil masa untuk menikmatinya, Kajian menunjukkan bahawa otak kita mengabi masa kira-kira 20 minit untuk menyedari bahawa kita telah kenyang. Dengan makan pelahan-lahan, kita membenarkan minda kita untuk menyedari kuantiti makanan selaras dengan tahap kekenyangan. Waktu makan yang telah ditetapkan boeh menjadi waktu rehat yang layak untuk dinikmati demi memastikan keadaan emosi dan fikiran anda terpelihara.

4. KEKALKAN HIDRASI.



Minum sekurang-kurangnya lapan gelas dalam sehari untuk memastikan sel-sel badan terhidrasi dengan secukupnya dan untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat. Air juga membantu dalam mengekalkan kesihatan kadar metabolisme dengan mengangkut nutrien yag diperlukan.

5. AMBIL KALSIUM DAN PROTEIN TANPA LEMAK.


Wanita sangat mudah terdedah kepada proses permulaan penyakit osteoporosis ketika usia mereka meningkat. Untuk mengurangkan risiko penyakit yang melemahkan badan ini, wanita perlu mendapatkan 1000-1200mg kalsium setiap hari. Oleh itu, OSTEMATRIK keluaran shaklee, kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Haaa....sekarang kita dah tahu kan apa nak buat, ingat ye mencegah lebih baik daripada mengubati :)
Nak tahu lagi kebaikan VITAMIN C dan OSTEMATRIK, anda boleh hubungi saya sekarang.


Ezaty Rusman
☏ 013-5954 921
✉ luvly.izzati@gmail.com
http://kauntersihat.blogspot.com/

..................................................................................................................................................
*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment