Thursday 22 May 2014

7 TIP KEKAL SIHAT TANPA KOS TINGGI


Kita tahu bahawa mencegah adalah berjuta kali lebih baik daripada mengubati. Malah, kebanyakan pakar dan profesional yang melakukan kajian mengakui bahawa pengurusan yang teliti dan betul dalam kehidupan seharian membolehkan kita kekal sihat tanpa perlu bergantung kepada sebarang ubatan.

Sebenarnya masih ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengawal tahap kesihatan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Selain daripada melihat apa yang kita makan, berikut merupakan antara cara yang boleh di amalkan bagi mengekalkan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang berlebihan.


1. Kurangkan Stress
- Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini memperuntukkan lebih kurang 12 jam selama enam hari dalam seminggu semata-mata untuk bekerja sahaja. hal ini menyebabkan mereka sering berhadapan dengan tekanan yang berat di tempat kerja. Oleh itu, cuba curi sedikit masa bekerja untuk kurangkan stress anda.
- Pergilah melancong, menonton TV, besukan atau memasak. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga. Anda tentu akan lebih bersemangat untuk memulakan kerja anda pada keesokkan harinya bahkan masa berkualiti anda di kongsi bersama keluarga. lakukan perkara yang menggembirakan anda, stress anda pasti akan hilang. 



2. Jumpa Doktor Anda
Satu langkah pertama bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan memberi kawalan yang lebih baik atas hidup anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap bersama doktor anda. Ujian rutin boleh mengesan sesuatu masalah dengan lebih awal. Jangan biarkan ia berkembang sehingga menjadi satu isu besar yang memerlukan kos yang tinggi untuk menanganinya. Ubah persepsi jumpa doktor hanya sudah sakit sahaja.

3. Kawal, Kawal, Kawal
Kebanyakan pakar kesihatan menyatakan bahawa persekitaran yang mengandungi toksin boleh menyerang sistem dalam badan kita. Namun begitu, perkara ini pastinya sukar untul dielakkan, tetapi masih boleh kita kawal. 

  • Kawal pendedahan diri terhadap asap kenderaan
  • Kawal penggunaan bahan kimia dan racun perosak
  • Kawal pengambilan produk-produk kecantikan, contohnya semburan rambut dan barangan kosmetik
  • Jika bekerja di sebuah bangunan yang lama, cuba kawal menyedut terlalu banyak asap dan debu

                                                 






4. Tidur Lebih Awal
Proses penyembuhan , membaiki serta pengawalseliaan badan dilakukan semasa kita tidur. Dengan memberikan perhatian pada waktu sebenarnya dapat memberikan kita hari yang lebi baik pada keesokannya. Tabiat tidur yang tidak baik pastinya akan 'mencuri' sedikit wang anda. Tidak perlu kos lebih, hanya dapatkan tidur yang cukup sahaja bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit.

5. Jaga Kebersihan : Cuci Tangan dengan Kerap
Elakkan jatuh sakit dengan membasuh tanagn dengan kerap. Setiap hari, tangan kita memegang pelbagai benda yang tidak kita nampak sebarang virus atau bakteria padanya. Dengan membasuh tangan, kita dapat mengurangkan risiko palbagai masalah kesihatan.


6. Banyakkan Aktiviti Bersenam
Bila sibuk, senaman merupakan aktiviti yang paling malas untuk dilakukan. Betul tak? Semua orang sedia maklum, bersenam boleh meningkatkan tenaga harian dan stamina badan. Cuma masa yang menjadi penghalang. Walau bagaimanapun, anda masih boleh lakukannya walaupun jadual sangat ketat.

7. Kurangkan Pengambilan Nikotin dan Kafein
Kurangkan merokok dan meminum kopi apabila anda stress. Ia akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Banyakkan minum air kosong akan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga.
Jika anda mengalami ketagihan merokok, anda boleh mencari penggantinya seperti lobak merah atau saderi. Pastikan pengganti untuk rokok ini sihat. Jangan pula anda makan pisang goreng atau kuih muih yang manis dan berlemak. Ini akan membuatkan saiz pinggang anda semakin bertambah.

Tapi, bagi pendapat saya pengambilan supplemen juga amat penting kerana dalam kesibukan hari-hari kita, mungkin terkadang kita tidak sempat untuk bersenam dan kurang mengambil pemakanan yang berkhasiat. Jadi, fungsi supplemen itu akan membantu menampung lompang-lompang yang berkurangan dalam badan. Oleh itu, saya memilih untuk bersama Shaklee yang sentiasa berkesan, semulajadi dan sihat.






No comments:

Post a Comment