Wednesday 14 May 2014

TIPS DIET : BAGAIMANA NAK KURUS?

Assalamualaikum, salam isnin semua :)

Pagi ni saya sangat bersemangat nak berkongsi dengan korang mengenai tips-tips bagaimana nak kurus. Dalam proses berdiet, perkara paling penting adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Walau apa pun ubat kurus yang di ambil, jika tiada kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi maka misi kurus korang gagal. Haa...betul ke bohong? 

Susah ke nak amalkan pemakanan berkhasiat ni? Jom saya kongsikan tips-tips dari pakar :)


Ini adalah tips-tips dari pakar yang boleh kita ikut. Selamat membaca.

1. Tetapkan dan capai matlamat.
Tetapkan matlamat pengurangan badan yang rasional agar ia mampu di capai dengan jayanya. Contohnya, \anda nak turunkan berat badan sebanyak 2-3kg sebulan , ia sangat logik dan korang boleh lakukannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu!

2. Mengawal Kuantiti Makanan.
Pastikan 1/2 pinggan anda di penuhi sayur-sayuran, 1/4 bahagian adalah nasi, dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan yang berprotein seperti ikan, ayam, daging, tauhu, dan sebagainya.

3. Nikmati Makanan Anda Secara Perlahan.
Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka yang boleh menghabiskan makanan dalam masa 5 - 10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk korang merubah segalanya. 
Sila perlahankan kunyahan anda tu sekurang-kurangnya 30 - 40 kali untuk setiap suapan. Ambil masa 15 - 20 minit untuk menghabiskan kesemua hidangan dalam pinggan korang. 

4. Jauhi Minuman Manis Tapi Berkawan Dengan Air Kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi dan sedikit nutrien dalam badan. Jadi, adalah sangat elok anda menjauhi minuman manis. Dengan senang hati berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. Namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt, dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari. 
Sila pastikan diri korang minum air kosong yang mencukupi iaitu 8-10 gelas sehari atau bersamaan 2-3 liter sehari. Tanpa air yang mencukupi,pasti mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar tau, ini adalah lapar sebab kekurangan air. Jika masih berasa 'lapar' pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. Ingat tau! keadaan lapar ini akan membuatkan korang mengambil makanan yang berlebihan.  

5. Nikmati Makanan Tinggi Serat.
Serat memberikan korang rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolesterol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia boleh mengawal berat badan anda. Penuhkan peti ais dengan sayur-sayuran dan bauh- buahan. Penuhi kabinet anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan yang tinggi serat.

6. Pilih Protein Tanpa Lemak.
Jangan memilih makanan berprotein yang tinggi lemak!!! Berat badan anda akan naik dan aras kolesterol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotien tinggi lemak secara kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam (tanpa kulit) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan masakan seperti mereneh, merebus, bakar, stim dan sup sudah pasti anda akan dapat berat badan ideal yang anda mahukan.

7. Aktifkan Diri.
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira berapa langkah anda setiap hari dengan menggunakan pedometer dan sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman ringan selama 30-45 minit setiap sesi dalam 4-5 kali seminggu. Lakukan senaman yang anda gemari seperti berjalan kaki, berjogging, berenang atau bermain badminton. 

8. Lakukan Pemeriksaan Berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index (BMI) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantaun jenis makanan yang di ambil.



Disamping membuat semua senarai di atas. Anda juga boleh mengambil vitamin set slimming shaklee untuk kesihatan tubuh semasa berdiet.


  • Alfalfa = Membersihkan usus melalui proses DETOX dan bekalkan tubuh dengan vitamin / mineral.
  • Lecithin = Membantu membakar lemak dan mengapung-apungkan lemak di dalam usus dan tubuh.
  • Herb lax = Membawa lemak-lemak yang telah di detox oleh Alfalfa dan di apungkan oleh lecithin.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan vitamin set slimming shaklee, boleh terus hubungi saya :)

Ezaty Rusman
☏ 013-5954 921
✉ luvly.izzati@gmail.com
http://kauntersihat.blogspot.com/
....................................................................................................
*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment