Friday 23 May 2014

BUDAYA MAKAN YANG SIHAT


Pastinya anda biasa dengan ayat 'kita adalah apa yang kita makan'. Namun begitu, pemakanan yang seimbang sering menjadi satu masaah 'besar' bagi kebanyakan masyarakat. Tambahan pula, restoran makanan segera ada di mana-mana, sedap dan cepat pula disediakan. 

Dalam dunia yang serba mencabar, kebanyakan daripada kita terlalu sibuk dengan tugasan di tempat kerja serta komitmen peribadi sehingga sering mengabaikan soal makan. Malah, kebanyakan kita pada hari ini hana bersarapan dengan secawan kop atau teh tarik sahaja. Itu pun jika masih sempat mengambillnya. 

Jadual yang terlau padat pada siang hari pula kadang-kadang membuatkan makan tengah hari pun tidak sempat diambil. Makan malam pula hanya dengan sebungkus kentang goreng yang ditelan dengan gopoh-gopoh di pejabat.
Jika anda sering menghadapi hari-hari sebegini, ini bermakna anda tidak dapat mengamalkan tabiat makan yang sihat. Bagaimana mahu sihat jila soal pemakanan tidak di ambil kira?


Mulakan Pagi Dengan Sarapan




Sarapan telah dibuktikan secara saintifik dapat membaiki daya tumpuan, Kecergasan dan fungsi ingatan. Bagi meningkatkan metabolisme, amalan diet yang seimbang denganmengambil makanan karbohidrat kompleks sperti bijiran penuh dan makanan berprotein tinggi seperti susu dan keju. Kurangkan makanan berlemak seperti roti canai dan nasi lemak kerana makanan seperti ini boleh membuat anda berasa lesu. 

Jika anda selali terlepas mengambil sarapan lalu menggantikannya dengan makan tengah hari yang berat, cuba luangkan maa lakukan perkara di bawah:

  • Cuba bangun awal supaya ada masa untuk makan da menikmati sarapan
  • Siapkan sarapan pada malam sebelumnya jika anda rasa esoknya adalah hari yang terlalu sibuk dan akan kesuntukan masa.
Cas Semula Tenaga Dengan Makan Tengah Hari


Menjelang waktu tengah hari, badan sudah menggunakan kebanyakan daripada nutrien dan tenaga daripada sarapan. Dengan makan tengah hari akan memberi anda peluang menambah tenaga dan kecerdasan serta meningkatkan prestasi.

Tip berikut dapat membantu anda merasa segar semula dan bersedia untuk meneruskan kerja hingga ke petang:

  • Elakkan makan sambil kerja, kerana anda mungkin makan lebih daripada yang diperlukan. Cuba makan pada waktu yang dikhaskan untuk makan tengah hari.
  • Sentiasa pilih sajian ringan yag sihat. Berhenti bila rasa kenyang kerana jika terlebih makan, anda akan berasa kembung dan mengantuk.
  • Jika makan di luar dan memesan nasi campur atau mi, jangan lupa untuk tambah ikan atau daging tanpa lemak dan sayuran untuk memastikan pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang. Makan sepotong buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Jika terpaksa ke mana-mana pada waktu makan tengah hari dan tidak ada masa untuk makan, jangan bimbang. Simpan snek di tempat kerja yang boleh di capai dan dibawa bersama. Pilihan makanan dan snek yang sihat termasuk buah-buahan segar atau kering, bijirin serat tinggi, biskut tawar serat tinggi dan biskut (tanpa krim), sandwic roti gandum penuh, kacang dan yogurt. Jangan lupa bawa sebotol air minuman untuk mengekalkan penghidratan.

Jangan Abaikan Makan Malam


Selepas sibuk seharian, anda tetu rasa seronok bila dapat duduk makan dengan slesa di rumah kerana sajian makan makan memberi peluang kepada anda untuk memenuhi keperluan pemakanan harian. Tetapi apa yag boleh anda lakukan jika anda masih sibuk hingga ke malam? Anda boleh makan di luar atai beli makanan bungkus.
Seperkara penting yang mesti diingati ialah jangan sama sekali mengabaikan makan malam. Anda mungkin sibuk, tetapi jangan jadikan alasan untuk tidak makan malam. Bila anda tidak makan, anda kekurangan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan tugas anda dengan berkesan. Jika anda tidak mnegambil makanan yang berkhasiat secara tetap, anda tidak akan mempunyai tenaga untuk bekerja, belajar atau melakukan apa sahaja. 



















*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment