Tuesday 13 May 2014

KURUS DENGAN SIHAT DAN CANTIK


Adakah korang setuju dengan pendapat seantero dunia yang mengatakan bahawa jika perempuan kurus itu kelihatan cantik juga menawan dan lelaki yang tampan dan handsome itu untuk golongan yang mempunyai badan yang tegap sahaja berbanding badan yang berisi?

Kebanyakan masyarakat kita ingin mengurangkan berat badan untuk kelihatan menawan dan cantik. Lebih penting berasa lebih lega. Fesyen sekarang juga kebanyakannya mempamerkan trend untuk orang kurus sahaja. Hal ini membuatkan kita semua terpanggil untuk menguruskan badan juga supaya tidak ketinggalan dek zaman.



Adakah dengan kurus anda akan kelihatan lebih cantik dan sihat?

Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kebaikan kesihatan anda dalam jangka masa panjang.

Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian jantung menunjukkan Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan wanita yang di bawah lingkungan pertengahan umur akan menyusut berat badan sebanyak 1kg setahun dan dapat mengurangkan penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan anda dikekalkan. Satu lagi, kajian yang dijalankan ini dapat di simpulkan ialah pesertanya dapat menyusutkan 0.5% setahun. Hal ini dapat dikekalkan selama 4 tahun. Seterusnya, dapat mengekalkan selama 4 tahun lagi, maka ia dapat megurangkan 25% risiko darah tinggi.

Hal ini menunjukkan, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan sebanyak 0.5% atau 1kg sahaja. Tapi, kesihatan anda bertambah baik.

Oleh hal yang demikian, lupakan sahaja segala gimik yang mengatakan penyusutan badan dan diet dengan cepat selama beberapa hari. kajian demi kajian membuktikan bahawa, penyusutan berat badan secara perlahan-lahan tetapi berpanjangan itu lebih baik, menyihatkan dan perlu dikekalkan berbanding dengan berdiet cepat kurus.

Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan berat badan sebanyak 0.5% - 1kg dalam seminggu. Oleh itu, amat perlu untuk kita berjumpa dengan doktor untuk meminta sedikit sebanyak nasihat.






































*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment