Wednesday 16 April 2014

INFO NUTRISI



BUAH-BUAHAN TEMPATAN BANYAK KHASIAT.

Ramai yang mengegmari buah-buahan tempatan namun begitu ramai juga yang tidak mengetahui apakah khasiat di sebalik kelazatannya. Ada di antarannya boleh dinikmati pada wakt-waktu tertentu sahaja kerana sifatnya yang bermusim. Ayuh kita tinjau khasiat beberapa jenis buah-buah tempatan popular dalam kalangan penggemarnya.




RAMBUTAN.


 Kajian di Monash University, Australia menyatakan buah yang isinya melekat pada biji ini mengandungi antioksidan tinggi. Kajian di Singapura pula mengatakan ia mengandungi antioksidan yang sangat penting untuk sistem tubuh.




CIKU.


Mengandungi vitamin A, B, C Mineral dan serat. Setiap 100g ciku mempunyai 14.7mg vitamin C. Ia manis dan tinggi karbohidrat kerana 16 hingga 20 peratus ciku mengandungi gula. Ciku sangat baik untuk pembuluh darah kerana kandungan potassiumnya



MANGGA.


Penulis Juices and Tonics, Elsa Petersen menyatakan mangga segar sanat bagus untuk kulit dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Pengamal perubatan tradisional di Vietnam mengunakan buah ini untuk melancarkan peredaran darah. Namun, berhati-hati jika ada mempunyai masalah gula dalam darah kerana kandungan gula di dalamnya sangat tinggi.



BELIMBING.


Bentuknya seperti bintang menyebabkan ia juga di kenali sebagai starfruit. Manfaatnya juga banyak antarannya mengandungi banyak serat dan vitamin E. Kajian di Brazil menemui buah belimbing mempunyai zat yang berguna untuk mengubati antiradang usus pada ektrak buah ini.




MANGGIS.

Journal of Pharmacology menyatakan bahawa xanthones yang terkandung di dalamnya merupakan antioksidan yang sangat baik, antivirus, antiradang dan bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular. Beberapa kajian juga menujukkan manggis mampu meredakan keletihan dan cemas.



DUKU.




Dengan bentuknya yang mungil, duku mengandungi mineral cukup tinggi seperti kalsium, fosfor dan zar besi. Seratnya sangat membantu sistem pencernaan. Ia bukan sahaja boleh di makan begitu sahaja malah ada yang menjadikannya sebagai campuran untuk puding yang lazat.

























































*Produk ini tidak bertujuan unuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihadapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini, Pekan. Muadzam & Kuantan. Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 0135954921 Email : luvly.izzati@gmail.com

No comments:

Post a Comment